Teruna Dara

ZIANA ZAIN

Suatu petang
Ku berjalan
Ku lihat bunga
Kembang di taman

Nyamannya
Ku rasa
Buat hatiku
Terasa tenang

Ku lihat di taman
Di sana dan di sini
Teruna dan dara
Bergurau dan bersenda

Mereka berjalan berpasangan
Sambil berpegangan tangan
Mengelilingi taman bunga
Bercerita tentang cinta bersama

Sungguh indah pemandangan
Warna warni bunga di taman
Membuat teruna dan juga dara
Ke sana kerana bunga ditaman
Harum mewangi baunya

Sungguh riang pasangannya
Bergurau senda gelak ketawa
Tetapi jangan lupa
Teruna dan juga dara
Dikala bercinta kadangkala berubah

Ada manis ada pahitnya
Ada suka ada dukanya
Berwaspada teruna dara
Apabila bercinta