Korban Cinta

ZIANA ZAIN

Dugaan

Meresahi diriku kini

Gelora

Fikiran meronta

Cari yang pasti



Antara kita

Ada sinar cinta yang resah

Ku rasai

Demi kerana ku kasih

Kasih padamu



(Chorus)

Mengalir dalam diriku

serupa dengan dirimu

Ia membara

Membakar jiwa



Relaku korbankan cinta

Agar dikau capai bahagia

Pada dirimu

Ada diriku



Walaupun cinta terluka

Kupendam segalanya

Demi untuk dirimu

Ku berserah



Antara kita

Tersimpan naluri berbeza

Telah mekar

Dibelai dibawah

Rumpun serupa



Untukmu

Ku korbankan segalanya

Agar kan

Tiada curiga

Merintang Kasih

Padamu jua

Ku korbankan cinta