Mari Berhibur

RAIHAN

Berhibur Tiada Salahnya
Kerana Islam Itu Indah
Hanya Pabila Salah Memilihnya
Membuat Kita Jadi Bersalah

Di Sini Kita Berkumpul Bersama
Menyanyikan Lagu Yang Suci Indah
Alunan Pujian Kepada ALLAH
Alunan Selawat Kepada Rasul

Hiburkan Hati Yang Masih Gelisah
Ubati Hati Yang Telah Terluka
Ikat Kembali Persahabatan
Dengan Iman Dan Kasih Sayang

Bersungguh Kita Dalam Bekerja
Seperti Hidup Untuk Selamanya
Beramal Sholeh Sebaiknya
Seolah Esok Sudah Tiada