Apa pun kau buat
Ingatilah diriku
Walau kau berada di mana-mana
Walaupun kau lebih gembira di sana
Kasih sayangku
Akan menemanimu
Walau di sini
Aku gelisah
Kerana kesepian
Rinduku ini jadi saksi
Yang mengadili
Kesetiaanmu padaku
Bisikkanlah asmaramu
Sumber kekuatan jiwaku
Hilangkan curiga
Yang kini menghantuiku
Sehebat mana kasihmu
Tanpa malam yang setia
Sehebat mana sayangmu
Sering kelemasan rasa
Demikianlah bahagia
Untuk seribu tahun lagi
Semoga kau kan setia
Hingga semua cintamu milikku