Ketika daku kesepian
Menanti kemesraan
Mengenang sikap yang cemburu
Terhadapmu
Kerana perpisahan
Sering berlaku
Di naluri yang terpendam
Terkunci cemburu kasihku
Sememangnya jelas di hakiki
Cemburu punca kasih
Harusku tetapkan batasnya
Kawal hati
Sangkaku alasanmu
Tiada asasnya
Dan sehingga
Ku tenggelam
Lemas dan cemburu
Terhadapmu
Destinasi cinta
Kita kan bermula menujui
Kegemerlapan intan yang kini bersinar
Jikalau cemburu
Tafsirnya caraku mencurah kasih
Pastinya curiga akan terkabur