Penantian

Fieya Julia

Jiwa mula memanggilmu
Di suatu senja yang mendung
Pada sudut yang sama takkan berbeza
Kerna sunyi yang kurasa
Bagai tiada arahnya
Pertemuan yang dulu kian merapuh

Adakah benar aku masih kau sayang?
Tapi mengapa tidak sekalipun kau kembali?

Penantian ini amat menyiksakan
Sehingga ia memaksaku membuang kau jauh
Penantian ini telah memisahkan
Ikatan cinta yang terjalin antara kita
Kisah terhenti jua

Adakah benar aku masih kau sayang?
Tapi mengapa tidak sekalipun kau kembali?

Penantian ini amat menyiksakan
Sehingga ia memaksaku membuang kau jauh
Penantian ini telah memisahkan
Ikatan cinta yang terjalin antara kita

Ho-oh, masa sedang cemburu pada kita
Kerana yang indah hanya sementara, ho-oh
Tapi kuyakin ada hikmah sebaliknya
Lalu kupasrahkan pada Tuhan

Penantian ini amat menyiksakan
Sehingga ia memaksaku membuang kau jauh
Penantian ini telah memisahkan
Ikatan cinta yang terjalin antara kita

Kisah terhenti jua