Menyendiri
Bersembunyi lagi
Ku biar kau pergi
Aku di sini
Masih sendiri
Tanpa kau di sisi
Aku kan berhenti
Dan cuba untuk tidak peduli
Ku biar kau pergi
Dulu kau marah, kau kata aku pura-pura lupa
Aku mengada tanpa alasan, mahu menyapa
Lalu kau tanya, "Dia siapa dan mengapa?"
Perlukah aku duga persis anak raja?
Dan aku pun berkata, "Ini cuma urusan kerja
Tak ada niat mengada apatah lagi pura-pura lupa"
Tapi ternyata itu semua hanya kata-kata
Ku berlalu, ku abaikan, dan ku dipersalahkan
Aku di sini
Masih sendiri
Tanpa kau di sisi
Aku kan berhenti
Dan cuba untuk tidak peduli
Ku biar kau pergi (kau pergi, kau pergi)
Lalu kini kau pun pergi, katamu takkan kembali
Kau biar ku sendiri bagai tiada hati
Kosong tak berpenghuni, gelap tiada mentari
Hilang tak dijumpai bagaikan mimpi ngeri
Tiba-tiba dia datang kembali lagi
Berdiri menghampiri cuba menatapi
Kau kata masih ada hati, namun, ku tak ingin lagi
Biarkan aku pergi, tak mahu disakiti
Aku di sini
Masih sendiri
Tanpa kau di sisi, ho-oh-oh
Aku kan berhenti
Dan cuba untuk tidak peduli
Ku biar kau pergi
Hoo, wo-ho, hu-wo-oh-oh
(Ku biar kau pergi) pergi
Menyendiri
Bersembunyi lagi
Ku biar kau pergi
Menyendiri
Bersembunyi lagi
Ku biar kau pergi