Dekat Disayang Jauh Dikenang

Spin

Andai kau sayang
Benar-benar sayang
Katakanlah sajaUsahlah dipendam bermain rasa
Jiwa terseksa

Sungguh aku malu mencurah cinta
Namun tak berbalas
Mengharap sayang kasihnya orang
Entah sampai bila, oh

Ingin ku bertanya, apakah ubatnya?
Hatiku rindu-rindu tak keruan
Makin nak dilupa
Hati tambah resah
Aku pun tak tahu

Dekat-dekat disayang
Jauh-jauh dikenang
Begitulah hebatnya cintaku
Entah apa kau mahu? Kasih sudah kuberi
Aku tak tahan

Hanya bayang-bayangan wajahmu
Sering bermain di ingatan
Usahlah lagi engkau biarkan
Kupohon cinta sucimu

Kian lama ku menyimpan rindu
Sering kualunkan lagu syahdu
Memujuk hatiku yang rawan
Amat payah kurasakan

Ingin ku bertanya, apakah ubatnya?
Hatiku rindu-rindu tak keruan
Makin nak dilupa
Hati tambah resah
Aku pun tak tahu

Dekat-dekat disayang
Jauh-jauh dikenang
Begitulah hebatnya cintaku
Entah apa kau mahu? Kasih sudah kuberi
Aku tak tahan

Hanya bayang-bayangan wajahmu
Sering bermain di ingatan
Usahlah lagi engkau biarkan
Kupohon cinta sucimu

Kian lama ku menyimpan rindu
Sering kualunkan lagu syahdu
Memujuk hatiku yang rawan
Amat payah kurasakan

Andai kau sayang
Benar-benar sayang
Katakanlah saja
Usahlah dipendam bermain rasa
Jiwa terseksa, oh

Engkau kusayang
Engkau kusayang
Engkau kusayang