Phobia

Spider

Bukalah cermin matamu
Jangan kau malu
Biar dia nampak matamuYang dah nak kuyu

Tak kenal, tak cinta
Tak buka, tak tahu
Celik atau buta
Tak tanya, tak dapat
Tak cuba, tak tahu
Pekak atau bisu

Keluarkan suaramu
Jangan gementar
Ceritakan isi hatimu
Apa yang kau mahu

Tak kenal, tak cinta
Tak buka, tak tahu
Celik atau buta
Tak tanya, tak dapat
Tak cuba, tak tahu
Pekak atau bisu

Engkau dilahirkan
Untuk berpasang
Berpisah sementara
Hanya untuk berjumpa semula
Dan terus bersama

Apakah yang kau bimbangkan
Apa yang kau kurang
Kalau kau rasa gementar
Dia lagi seram

Tak kenal, tak cinta
Tak buka, tak tahu
Celik atau buta
Tak tanya, tak dapat
Tak cuba, tak tahu
Pekak atau bisu

Ohh
Oh ohhh
Oowaaah