Akulah Cerminmu

Spider

Aku bukan bawa temberang
Memakai topeng sangka-sangkaan
Belum buang tuala putihAtas gelanggang

Peraduan ini tak habis
Kalau selagi ia belum habis
Aku ada banyak rancangan
Aku visikan hanya untukmu
Kau percayalah

Engkau, aku harus bersatu
Aku dah lihat dalam gelok jampiku
Pandanglah aku yang serius ini
Pandang yang halus

Mahu puri aku dirikan
Kereta kencana, aku tajalikan
Persalinan hiasan terhalus
Mainan raja

Aku tahu apa sebenarnya
Yang engkau mahu ada pada diriku
Cermin memancar kecantikanmu
Akulah cermin itu

Marilah, sayang, kita sama
Hayunkan buaian
Hanya kita yang jaya saja
Yang tercinta, oh

Aku visikan hanya untukmu

Engkau, aku harus bersatu
Aku dah lihat dalam gelok jampiku
Pandanglah aku yang serius ini
Pandang yang halus

Mahu puri aku dirikan
Kereta kencana, aku tajalikan
Persalinan hiasan terhalus
Mainan raja
Mainan raja

Na-ah-ah
Ah-ah-ah
Ah-ah-ah