Cemas

Siqma

Jiwa cemas, otak cemas
Badan tak menentu (ce-cemas)
Rasa cemas, muka cemasMacam nampak hantu (ce-cemas)

Makin cemas jiwa terasa
Bila kulihat cerita dunia
Cuba tenang tapi tak bisa
Gundah gulana nampaknya di mata

Berita ke udara, udara dah dicemar
Cemas takut tewas dek berita yang digempar
Virus yang menular atau viral yang dikejar
Simpan silap dalam tangan orang lain yang dicema (cemas)

Tangan dah dicuci sorok dalam saku
Elak sebar kuman atau informasi tipu (cemas)
Mulut dah bertopeng cakap biar ragu-ragu
Aklimasinya media jurang inflamasi lipu (cemas)

Makin ramai yang dipoket mahu kaut untung
Ditipu masa kini belakang atau hujung (cemas)
Tak kira warna kulit atau yang disanjung
Yang si akalnya bijak atau yang si akal bambung

Citarasa rakyat makin dengar makin gayat
Makin naik tinggi makin rasa tak selamat
Pendapat, pendapatan ataupun kerna darjat
Betulkah masih sempat ataunya hampir kiamat?

Jiwa cemas, otak cemas
Badan tak menentu (ce-cemas)
Rasa cemas, muka cemas
Macam nampak hantu (ce-cemas)

Makin cemas jiwa terasa
Bila kulihat cerita dunia
Cuba tenang tapi tak bisa
Gundah gulana nampaknya di mata

Gelombang yang kedua sentuhan pada agama
Yahudi, Hindu, Kristen, Islam mahu juga Buddha
Yang tua atau muda, tak kira apa bangsa
Yang mahunya dilihat unsur sejagat manusia

Pertuturan dinilai, pergerakan dilihat
Penglihatan dinilai, diatur dalam niat
Kebaikan dinilai, kejahatan dilihat
Rohani dah dinilai kini alam yang melihat

Tiba masa untuk bersihkan segala
Jangan haru biru kan segalanya yang ada
Jika ada selera boleh cuba tepuk dada
Bilakah mahu aman? Kan kita semua sama

Meditasikan diri waktu masa yang diberi
Cuba belajar guna akal untuk tambah lagi seri
Sebelumnya terlambat dunia makin huru-hara
Tiada lagi suka-suka hanya tinggal buku lara

Jiwa cemas, otak cemas
Badan tak menentu (ce-cemas)
Rasa cemas, muka cemas
Macam nampak hantu (ce-cemas)

Makin cemas jiwa terasa
Bila kulihat cerita dunia
Cuba tenang tapi tak bisa
Gundah gulana nampaknya di mata

Ce-cemas, ce-cemas
Ce-cemas, ce-cemas

Daftar lirik lagu Siqma