Ikutkan hati yang luka ini
Tak sanggup lagi disayangi
Oleh seorang insan si kekasihKerana dendam masih berapi
Banyak sekali aku berkorban
Kepada dia amat kusayang
Yang kau tak ada, kuadakan
Hampir-hampir jua nyawaku hilang
Kerana kau
Yang menghalang banyak benar
Kau membisu tanpa kata
Hanya aku seorang diri
Menghadapi
Mana janji yang kau tanam
Tika kita masih sayang?
Ku bagimu bagaikan bulan
Yang kau julang
Maafkan diri ini
Kerna membongkarkan semua kisah kita
Jujurnya kukatakan
Penggantimu yang menyinta tiada bandingan
Kuharap engkau berbangga
Kerna melukakan aku
Sehebat itu sungguh memeritkan
Pengalaman
Yang menghalang banyak benar
Kau membisu tanpa kata
Hanya aku seorang diri
Menghadapi
Mana janji yang kau tanam
Tika kita masih sayang?
Ku bagimu bagaikan bulan
Yang kau julang
Tidak memberikan erti
Raut di wajahmu yang tergambar
Di dalam hati kecilmu
Penuh dengan hempedu yang amat bisa
Ku menyesal sungguh-sungguh
Dengan apa yang terjadi
Lembut hanya pada wajah
Tidak di hati kecilmu
Wahai Watie