Impak Maksima

KRU

Sarung tangan dah di tangan

Kacamata berkilauan

Bersedia hadapi cabaran

Berani tempuh dugaan

.....

Bergetaran enjin turbo

Debaran lancaran pecutan di spedo

Buktikan pecutan solo



Kusedia menanti

Putaran jejari

Piston bergerak lari

Menunaikan misi



Isyarat sudah menyala

Bendera sudah berkibar

Enjin mengaum bagai singa

Sejarah sedang dicipta



Impak maksima

Satu... aku pandu

Impak maksima

Dua... makin laju

Impak maksima

Bermaharajalela

Biar ketiga, empat lima

Sepantas kilat impak maksima

Mmm... ooo...



Satu persatu kutinggalkan

Asapku mereka makan

Adrenalin memaksa jantungku berdegupan

2628 enjinku terasa bahangnya

Kutekan 300 ke depan

Tayar meninggalkan kesan



Ke kanan ke kiri

Cara yang tersendiri

Bagaikan terbang tinggi

Pada sifar graviti

Kiraan semua pusingan

Litar bagai permainan

Sorakan menyambut kemenangan

Mari kita semua ulangkan



Impak maksima

Satu... aku pandu

Impak maksimaa

Dua... makin laju

Impak maksima

Bermaharajalela

Biar ketiga, empat, lima

Sepantas kilat impak maksima



Zoom... laju ke depan

Vroom... pecutan menggegarkan

Zoom... tiada halangan

Vroom... kutempuhi rintangan

Zoom... laju ke depan

Vroom.. pecutan menggegarkan

Zoom.. tiada halangan

Vroom.. untuk kutempuhi rintangan



( rap )

Zoom... zoom sekelip mata

Ligat roda berputar

Pabila bahanapi terbakar

Sebarkan sebar di seluruh dunia

Siapa yang digelarkan juara di litar

Semangat berkobar-kobar

Pencabar terketar-ketar

Pasukan teknikalku

Ada di tepi menanti dengan debar

Sudah sedia untuk aku rembat

Jangan cuba jangan cuba pintas

Nanti aku langgar

Kerana kupandu terlalu laju



Mari kita ulang

Mari kita ulang

Mari kita semua

Kita semua ulangkan

Ulangkan

Mari kita semua ulangkan



Impak maksima

Satu aku pandu

Impak maksima