Babe (beb)

KRU

Perasan tak muram air muka?

Eh...mungkin tidak kerana ku dah kau lupa

Jauh di mata....apatah lagi hati

Riuh tetap sunyi bila kau bersendiri



Oh patutlah lagu tidak semerdu

Puputan bayu dah tak senyaman dulu

Ku pasti kerana tiada pelengkapnya

Ketiadaanmu dirasa



Jangan serkap jarang hidup ku bahagia

Memang berat tak ku nafikannya

Walaupun cintamu rapuh dan keyakinan runtuh

Dengar ku bicara



Oh babe, ku masih menyinta

Oh babe, ku masih setia

Pilu...lara...hiba dijiwa

Kelabu di kalbuku



Oh babe, ku makin tersiksa

Oh babe, ku makin terasa haru

Bisakan disembuh andainya kau disisiku

Oh babe ku masih perlukanku



Sehari dua mungkin boleh ku harung

Masuk ketiga berlewah ku termenung

Selepas seminggu fikiranku bercelaru

Meruap-ruap bimbangku



Ke sana-sini terpinga tercari-cari

Petanda kau masih menyayangi

Walau cinta kau pudar, kan ku teruskan jua

Rontaku dijiwa



Luahkan saja sebabnya

Punca kita tak sehala

Akan ku ubah sikapku

Seperti yang kau mahu



Katakan saja kau pinta

Walau tuk hujan diradah

Agar tak basahi cinta kita yang goyah

Kembalilah



Copyright (c) 2004 KRU Records