Satu Dalam Sejuta

Amy Mastura

Tidakku percaya seindah bayangan
Dengan kemunculan dirimu
Bagai sempurna kehidupan di dunia
Kau mewarnai hitam putih di kalbu

Kaulah senyuman di sebalik tangisan
Kau mencetus inspirasi hidupku
Memberikan harapan setelah di kecewa
Bagaikan mimpi termakbul menjadi nyata

Kupasti kau hanya satu di dalam sejuta
Insan teramat dicinta dan teristimewa
Syukur pada Ilahi kau anugerah dunia
Ternyata kau hanya satu di dalam sejuta

Mungkin kau satunya insan dicipta untukku
Memberi semangat dalam ketakutan
Ku mendoakan sejahtera mengiring usia
Kerana dunia tak seindah tanpamu bersama

Tidak kenal erti hampa dan duka
Kau ibarat suria di malam gelita
Tidak mungkin ku seperti dulu
Kerana kali pertama ku mendalami cintaku