Cekal

XPDC

Hayati ini, aku bentangkan satu cerita
Kisah manusia insan sejagat punya alkisah
Pelbagai ragam kerana hidup pura-puraBagaikan tiada ketulusan, kejarkan kemajuan

Siapakah antara kita sanggup membela?
Perbalahan, penipuan atas kebenaran
Memohon simpati, tagih janji, bukakan mata hati
Pada wajah-wajah seiringan haluan perjalanan ini

Oh, sukarnya aku mengerti
Hidup penuh ranjau duri
Pilu rasa di hati

Oh, bilakah datang menjelma
Penawar kedamaian ini
Pasti ia muncul kembali

Usah disangsi jalan yang bakal engkau lalui
Mungkin ada benarnya di balik kesilapan

Walau ada saki baki yang kurang senang hati
Harus diteruskan dengan semangat cekal di hati