Tak pasti kemanakah kan ku bawa hati ini terluka
Biarpun kan ku pendam tiada kan ku berdendam
Cukuplah kurasakan kekecewaan yang sering melanda
Rela kuhadapinya walau apa jua
Biarkanlah aku pergi
Biarkan ku bawa diri
Usah kau tangisi akan perpisahan ini
Semua sudah suratan
Tak tahu mengapakah cinta yang lama terbina berpecah
Walaupun hakikatnya kita saling menyayangi
Manis yang kau rasakan pahit yang aku terima menusuk
Hanya mampu berserah walau apa jua
Biarkanlah aku pergi
Biarkan ku bawa diri
Usah kau tangisi akan perpisahan ini
Semua sudah suratan
Bukannya salahku bukannya silapku perpisahan ini
Hanya kerana mulut berbisa engkau terpedaya
Bukannya pintaku bukannya mauku perpisahan ini
Atas angkara orang ketiga kita bersengketa
Selamat tinggal kasih semoga engkau berbahagia
Biarlah cinta kita tinggalkan kenangan dalam jiwa
Selamat tingal sayang semoga engkau berbahagia
Biarlah cinta kita tinggalkan kenangan selama-lamanya