Hai, cinta dulu-dulu
Cinta malu-malu
Cinta dulu-duluMemang susah nak bertemu
Bila sudah dapat bertemu
Nak cakap apa pun tak tahu
Tegak berdiri tersipu-sipu
Seram sejuk kaku membisu
Sejak kecil sudah diasuh
Pantang larang dipegang teguh
Mulia sungguh cinta dulu
Adat resam budaya Melayu
Ala, cinta zaman sekarang
Sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang
Di khalayak ramai, dia pegang-pegang
Kalau ditegur, dia meradang
Macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam
Kerana perbuatan segelintir orang
Hidup penuh berfoya-foya
Kalau kahwin pun, tak kekal lama
Bila dah dapat yang diidam
Habis manis, sepah dibuang
Hai, cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
Kalau nak kahwin bertanyalah dulu
Merisik-risik, bertanya-tanya
Ayah dan ibu, dan anak siapa?
Bila sudah berumah tangga
Kekal hingga sampai ke tua
Cinta dulu, cinta mulia
Ikut aturan budaya bangsa
Hidup mereka sungguh bahagia
Cangkul dan tanah, memisahkannya