Cinta Kolestrol

Pretty Ugly

Jangan kau jelingku sebegitu

Jangan underestimatekan diriku

Jangan terfikir larikan diri

Jika terlihatku mendekati



Aku tidak mudah kecil hati

Aku juga tidak pernah tangisi

Walau seringku bersendiri

Di malam Sabtu menonton TV

Jangan kau terlalu mudah hakimi

Yang sebenar di hatiku sexy

Ku bisa mencairkan hatimu

Ayatku setebal buku



( korus )

Beratnya cintaku

Cinta Kolesterolku

Pasti kau tak mampu

Menolak cintaku



Dua kerusi untuk diriku

Lima pinggan untuk makan malamku

Ketawakah kau bersama mereka?

Jika ku jatuh kerna kerusi patah

Cuba selami diriku ini

Jadi aku untuk sehari

Pasti kau tak mampu lalui

Walau guna imaginasi



( korus )

Beratnya cintaku

Cinta Kolesterolku

Pasti kau tak mampu

Menolak cintaku



Cintaku aneh, cintaku berisi

Muatan terlebih

Tak perlu cari, ku takkan lari

Tak mampu sembunyi

Kerana cinta setiap masa

Semakin bertambah

Cinta setinggi paras kolesterolku



Sebarkan... (2x)

Beratnya oh cintaku

Tingkatkan... (2x)

Cinta Kolesterolku