Kau yang memulakan
Segala kisah cinta yang hampa
Kau jua akhiriMembuatkanku, oh, terluka
Kenapa ku dipertemukan
Dengan dirimu tuk dikecewakan?
Kalaulah begini
Sungguh ku tak mahu ia terjadi
Walaupun setengah nyawaku
Mengharapkan cintamu, kasihku yang terseksa
Namun ku tetap menggagahi
Meneruskan hasrat hatiku
Sering kali ku yang mengalah
Menuruti segala kehendak, oh, dirimu
Semuanya
Hanya untukmu
Kini ku reda
Andai ini sudah suratan-Nya
Mungkin kita dicipta bukan untuk bersama
Atau harus saja kupergi
Daripada ku menanggung
Perasaan yang tak dapat kuteruskan
Untuk menyinta
Oh, dirimu buat selamanya
Kuharap suatu hari nanti
Kau kan jua mengerti dan cuba memahami
Betapa kuingin
Hidup bersamamu
Untuk selamanya
Kini ku reda
Andai ini sudah suratan-Nya
Mungkin kita dicipta bukan untuk bersama
Atau harus saja kupergi
Daripada ku menanggung
Perasaan yang tak dapat kuteruskan
Untuk menyintai
Oh, dirimu buat selamanya
Kuharap suatu hari nanti
Kau kan jua mengerti dan cuba memahami
Betapa kuingin
Hidup bersamamu
Untuk selamanya
Ho-oh, ho-oh
Ho-oh, oh-ho-oh