Sejenak hatiku meragu
Suara hatiku membisu
Kehampaan kian terasa
Akan sesuatu t'lah tiada
Kurindukan suasana baru
Harapan merubah hidupku
Mengisi kehampaan diri
'tuk mengganti yang telah pergi
Kau datang seketika
Menggetarkan jiwa
Sehingga kuterlena
Sekejap kumerasa
Kau datang demi kebahagianku
Yang kucari oh ...oh
Semenjak kau datang
Hidupku kau berikan semua dirimu
'Tuk seorang t'lah dihanyutkan
Di dalam arus kesepian
Kau datang seketika
Mengejutkan jiwa
Sehingga kuterlena
Walau 'tuk sementara