Sang Kakala on the track
Squad, squad
Berdiri aku disini
Puasku berjalan dan berlari
Masih tak kujumpa dan temui
Keinginan dari hati
Aku mahu anak aku
Hidup senang cukup pakai
Makan kenyang walau pokai
Senyum tawa di bibir mengilai
Walau iblis dan kuncu mengintai
Saat hasilku semua digadai
Tika hidupku dilanda badai
Susah payah biar aku telan semua
Biar aku telan derita
Biar kau takkan kenal sengsara
Dan aku tetap aku takkan berubah
Ini kisahku, bukan berkhutbah
Bagai diari helaian hidup
Tekanan hidup itu aku hirup
Ketidakadilan wujud mungkin ditakdirkan
Bukan aku nak tolak takdir
Cuma mahu bebas dari belenggu
Sebelum maut datang hampir
Aku teruskan perjalanan
Moga tamat penantian
Terketar aku di titian
Apa yang kubekalkan
Hanya rasa salah
Walau aku benar
Takkan boleh menang
Di dunia kejam, di dunia kejam (yeah, yeah)
Di dunia kejam, didunia kejam
Di dunia kejam, di dunia kejam (yeah, yeah)
Di dunia kejam, di dunia kejam
Tapi apa kau tahu
Ramai hanya mampu bisu
Ramai tak nak buka mulut takut kepala ditembusi peluru
Jadi sampai bila?
Kalau diam mungkin boleh jadi gila
Mahu bebas aku mahu lepas dari helah dunia
Kau bukan aku jadi better diam
Kau hidup mewah tidur lena beralas tilam
Ego dalam diri menjadikan kau selfish
Wanita kiri kanan selevel Nora Danish
Bergelumbang dengan kemewahan
Jadi apa kau tahu tentang hidup di jalanan?
Susah senang cari makan
Halal atau haram janji dapat makan nasi sepinggan
Tak punya apa-apa, cuma ada mimpi
Impian untuk senangkan anak dan isteri
Tak mahu rumah besar cuma mahu
Sebuah tempat berteduh untuk aku mengeluh
Lepas seharian jadi hamba
Siapa tak teringin untuk jadi raja
Penat lelah lemah takkan rebah
Walau azab datang takkan pernah sudah
Sedang kau masih lagi di kelab malam sampai pagi
Habiskan segala duit yang bapak kau bagi
Jadi apa yang kau tahu tentang hidup aku
Susah senang aku hanya Tuhan saja tahu
Aku masih lagi mencari jalan untuk pulang
Sampai aku nampak satu cahaya terang
Aku teruskan perjalanan
Moga tamat penantian
Terketar aku di titian
Apa yang kubekalkan
Hanya rasa salah
Walau aku benar
Takkan boleh menang
Di dunia kejam, di dunia kejam (yeah, yeah)
Di dunia kejam, di dunia kejam
Di dunia kejam, di dunia kejam (yeah, yeah)
Di dunia kejam, di dunia kejam
Tapi apa kau tahu
Ramai hanya mampu bisu
Ramai tak nak buka mulut takut kepala ditembusi peluru
Jadi sampai bila?
Kalau diam mungkin boleh jadi gila
Mahu bebas aku mahu lepas dari helah dunia