Hi Hi Bye Bye

Ezlynn

Mula terasa resah bagai ada yang berubah
Mungkin ku lewa atau kau dah pun beralih arah
Bila berdua tak seperti dahulu kalaDefinasi gembira bermakna bila ku tiada

Dulu senyum ku manis, raut wajah ku jelita
Kini semua pahit tak seperti era Fazira
Namun hakikatnya serik ku mendengar alasan
Letih dan bosan bertepukkan sebelah tangan

Kau mahu caraku, sempurna untukmu
Apa kau sangka ku ahli silap mata?
Ku berikan cinta, kau berikan dusta
Kini kau kata hi, hi

Ku katakan bye, bye
Biar ku berdikari untuk hidup sendiri
Jangan kau hampiri menagihkan simpati

Mula ku kau kenali, gunung sanggup didaki
Setelah hati dicuri, talefon pun tak sudi
Ingatkah siapa membawa senyuman tika duka
Benar kata Dr. M, "Melayu mudah lupa"

Berikan semula potret ketika bersamaku
Pulangkan Hello Kitty hadiah di hari jadimu
Mungkin nanti kau tahu rasa sakitnya hati
Bila masa dan usaha bagai tak dihargai

Kau mahu caraku, sempurna untukmu
Apa kau sangka ku ahli silap mata?
Ku berikan cinta, kau berikan dusta
Kini kau kata hi, hi

Ku katakan bye, bye
Biar ku berdikari untuk hidup sendiri
Jangan kau hampiri menagihkan simpati

Sesekali terlintas di fikiran
Untuk terima saja keadaan
Baik ku kecewa dari buta
Habiskan masa dan ringgit Malaysia

Pasti egomu tak hairan
Merasakan penangan
Mungkin ada lain yang lebih sudi
Ku petik jari ramai yang menanti

Hi, hi, yai, yai
Hoo-oh-oh-oh-oh-woh
Hi, bye, bye

Hi, hi, yai, yai
Hoo-oh-oh-oh-oh-woh
Hi, bye, bye

Kini kau kata hi, hi
Ku katakan bye, bye

Kau mahu caraku, sempurna untukmu
Apa kau sangka ku ahli silap mata?
Ku berikan cinta, kau berikan dusta
Kini kau kata hi, hi
Ku katakan bye, bye
Biar ku berdikari untuk hidup sendiri
Jangan kau hampiri menagihkan simpati

Tak termakan rayu takkan ku menyesal
Dengarkan kataku selamat tinggal