Timur, barat, selatan hingga utara
Setiap saat tiap ketika
Mencari tak berputus asa kumelangkahSerasa dekat boleh disentuh
Namun hakikatnya kau terlalu jauh
Engkau yang penyayang, pemaaf, pengasih
Berkali engkau kukecewakan
Ku tetap tak tersisih
Kau bagiku bagai gerbang yang sentiasa terbuka
Sabar dan tenang menanti setiap ketika
Kalaupun kau marah, tidak ketara
Aku terus lupa hadirmu dipersia
Tidak kusedari diammu gunung berapi
Tiba-tiba sahaja meledak membinasakan semua
Tiada lagi buatku gerbang terbuka
Sesalanku terlewat tiba
Kau bagiku gerbang yang sentiasa terbuka
Sabar dan tenang menanti setiap ketika
Kalaupun kau marah, tidak ketara
Aku terus lupa hadirmu dipersia
Tidak kusedari diammu gunung berapi
Tiba-tiba sahaja meledak membinasakan semua
Tiada lagi buatku gerbang terbuka
Sesalanku terlewat tiba
Aku kini perahu tidak berdayung
Ingin kau kudekati, kusentuh
Namun hakikatnya kau jauh