Maafkan diri ku oh kekasih
Kerana terpaksa mencurahkan
Segala isi hati ku ini
Niat ikhlasku agar kau memahami
Semenjak kau pergi
Aku sunyi
Hanya bertemankan bayanganmu
Gerimis hujan di malam shahdu
Batinku menjerit
Memanggil namamu sayang
Ku terhumban kesepian
Tak siapa yang peduli
Kurawati duka ini
Dengan titis air mata
Betapa seksa hidupku kini
Oh kekasih ku
Terhampar rinduku tak bermaya
Bukannya mudah
Nak ku hapuskan
Segala kenangan
Kerana aku masih sayang
Andai masih ada
Ruang di hati mu
Izinkanlah aku menumpang
Sebelum terlewat
Hadirlah kau sayang
Biarpun sekilas
Dapat ku memandangmu