Ku rasa sedikit tertekan
Dan kecewa
Dunia bagai memusuhiku
Apa ku mahu tak siapa yang tahu..tahu
Dan juga rasa sedikit
Pun sedang terkeliru
Mana arah tujuku
Apa ku mahu kadangkala aku
Ku pun tak tahu
Namun (dan aku) ku lantang
Terus menentang
Siapa yang menghalang
Tak mungkin lagi ada yang berani
Mematah hati
Kini ku temui teman sejati
Ku tunggu-tunggu
Oh adalah aku... rupanya aku
Tiada sesiapa ke pernah percaya
Semua punya motif berbeza
Apa di minda
Tak siapa bisa jangka
Yang pasti
Ku pagari diriku sendiri
Daripada ulangi
Bukan membenci
Tapi hati-hati
Ini realiti