Aku tahu kau dah tak ikhlas, sayang engkau berkurang
Ku rindu, kau berkeras suruh aku bagi ruang
Masa kita yang terluang berkurang jelas kau curangKenapa aku masih tunggu sayang aku pulang?
Tak nak kau pergi, aku terlalu cinta
Untukmu ku tulis puisi hingga habis dakwat tinta
Apa kurang ku sayang istimewa dia
Tak guna ku bertanya kerna hanya sia-sia
Dia lebih bergaya, senyuman lebih manis
Mungkin dia yang pujuk kan tika dikau menangis?
Andainya itu benar yang dikau berubah hati
Ku ada satu pinta sebelum jiwa ku mati
Tipulah aku, jujur lagi tak mahu
Walaupun sangat jelas anggaplah aku tak tahu
Balaslah kata rindu ku meski kau tipu
Walaupun luka ku akan beribu
Tolong tipu aku, andai kau dah tak sayang
Kau tak kenal lelaki itu, yang bawa kau tengok wayang
Katakan kau sayang aku, walau tipu
Jika itu bermakna aku dapat bersamamu lebih lama
Teman ku dah penat nasihat hubungan kita tak sihat
Suruh ku tinggalkan mu, tak cukupkah aku lihat?
Hati penat berjuang aku tak perlu berperang
Tapi bila terlintas namamu rindu menyerang
Mereka tak faham berapa juta sayang kasih
Walau kau curang depan mata ku sayangmu masih
Ku tahu bodoh, tapi kau buatku begini
Meski kau pergi bayangmu akan kekal disini
Berpura dengan aku, lakonan engkau teruk
Tapi aku tak kesah asalkan kita berpeluk
Tak perlu kau berahsia kerna aku takkan cari
Tapi pasti suatu hari ini semua tiada lagi
Dan bila tiba hari itu aku takut
Janganlah engkau pergi aku kan sanggup berpaut
Ku juga mampu untuk buatkan kau bahagia
Tolonglah sayang jangan pergi aku kan setia
Janganlah engkau jujur teruskan babak lakonan
Aku tak tahu siapa yang engkau cuba maksudkan
Ku bukan orang asing, kau masih sayang aku
Dan apa yang ku nampak itu semua tak berlaku
Tipulah aku, jujur lagi tak mahu
Walaupun sangat jelas anggaplah aku tak tahu
Balaslah kata rindu ku meski kau tipu
Walaupun luka ku akan beribu
Tolong tipu aku, andai kau dah tak sayang
Kau tak kenal lelaki itu, yang bawa kau tengok wayang
Katakan kau sayang aku, walau tipu
Jika itu bermakna aku dapat bersamamu lebih lama
Tolong tipu aku, andai kau dah tak sayang
Kau tak kenal lelaki itu, yang bawa kau tengok wayang
Katakan kau sayang aku, walau tipu
Jika itu bermakna aku dapat bersamamu lebih lama