Joget Waspada

Black Dog Bone

Memang manis manis gadis sekarang
Pandai memikat hati pemuda
Hingga susah hendak buat pilihan
Yang mana satu belum berpunya

Antara sidara atau isteri orang
Sekali pandang tiada bezanya
Salah salah pilih engkau gigit jari
Janganlah kau cuba main api

Lelaki juga serupa saja
Pintar menggoda gadis jelita
Di luar rumah berlagak bujang
Lupa diri lupa anak isteri

Kalau dirimu tak mahu kecewa
Harus selalu berhati hati
Banyak gunanya sikap berwaspada
Tiada kesal tiada putus asa

Janganlah kau marah duhai kawan kawan
Inilah lagu joget waspada
Bukanlah menyindir hanyalah berpesan
Dari hati suci dan mulia

( ulang dari mula )