Kekasihku Menyisih

Azie

Oh sukarnya puas ku meneka

Kau ingin putuskan hubungan

Yang terjalin apapun caranya

Sehingga kau membisu

Inikah jawapanmu



Dan begini engkau meleraikan

Tiap kekusutan yang bermain difikiran

Sabarlah sayang selain usaha dan doa

Tak jemu kuberi keyakinan

Semoga tersimpan satu kepercayaan



Akhirnya engkau berlalu pergi

Tanpa kau memikirkan aku disini



Kerana lemas selamanya

Dan fikiran kau mudah mendengar hasutan

Dari insan yang sering membenci diriku

Hancurlah semua impian yang kusimpan

Selama ini hidup denganmu



Sekeping luka untuk yang terakhir

Yang engkau tinggalkan

Tertulis coretan luka lupakan engkau

Jika itu kemahuanmu

Pergilah dan usah kembali

Kekasih menyisih