Seksis

Anita Sarawak

Bila ku bersuara kau kategorikan sebagai meleter
Bila kau tercabar sebelum bertarung pun ku dah kau singkir
Tika di jalanan cermat ke cuaiStereotype lady driver
Bila tunjuk pandai lagakmu hebat

Mengalahkan seorang professor
Oh mana keadilannya
Balik-balik kita saja terkena

Dahulu hingga kini
Kau memonopoli
Cuba menguasai
Duniaku ini, oh mana aci

Jangan pandangku sebelah mata
Hanya kerna namaku wanita
Walau ada kelemahannya
Engkau pun apa tidaknya

Jangan pandangku sebelah mata
Nanti kejantananmu tercabar
Takkan ku menyerah kalah
Kerana matamu berat sebelah
Temahan akan ku tepis
Selagi persis, tak terkikis seksis

Pabila ku ramah manis lidah
Kau tuduh ku perempuan murah
Namun bila kau menutup helah
Katamu mengikut sunnah

Andai ku meniang rumah tangga
Jangan harap ucapan tahniah
Hujung bulan tiba ku tuntut nafkah
Kau buat ku macam peminta sedekah

Oh, mana keadilannya
Balik-balik kau juga juara
Asyik kita memberi saja
Melayan takhta
Siang malam ditatang penuh setia
Bagaikan raja

Jangan pandangku sebelah mata
Hanya kerna namaku wanita
Walau ada kelemahannya
Engkau pun apa tidaknya
Jangan pandangku sebelah mata
Nanti kejantananmu tercabar
Takkan ku menyerah kalah
Kerana matamu berat sebelah
Temahanmu akan ku tepis
Selagi persis, tak terkikis seksis

Oh mana keadilannya
Balik-balik kita saja terkena
Dahulu hingga kini
Kau memonopoli
Cuba menguasai
Duniaku ini oh mana aci

Jangan pandangku sebelah mata
Hanya kerna namaku wanita
Walau ada kelemahannya
Engkau pun apa tidaknya

Jangan pandang ku sebelah mata
Nanti kejantanan mu tercabar
Takkan ku menyerah kalah
Kerana matamu berat sebelah

Tomahanmu akan ku tepis
Selagi persis, tak terkikis seksis