Segalanya Sudah Berubah

Afida Mustapha

Bila diri diinginkan diperlu

Pelbagailah alasan datang bertamu

Kata manis menyedar hatiku

Serta senyuman terpaksa

Sengaja kau berikan



Tapi hakikatnya ku tak diperlukan lagi

Setelah kejayaanmu mengaburi pandangan



Jika dulu

Kita tak bertemu

Gelisahlah dua jiwa hampir bersatu

Jika dulu

Disinilah tempat

Kau melepaskan rindumu



Kau curahkan tiap

Keresahan di hatimu

Apa harapanmu aku lakukan

Walaupun suntuknya masa



Untuk apa

Disambutkan kedukaanku

Untuk apa

Kau masih bermain kata



Cukup sudah dan tak perlu

Kau masih bertanya khabar tentangku

Kerana selama ini ku diamkan saja

Jelas membuktikan akulah teman

Pengubat kesepianmu



Segalanya kini sudah berubah

Tidak lagi seindah seperti dulu