Selamat Ulang Tahun... Sayang

Imran Ajmain

Yang tulus, ikhlas
Ingin sekali, sekala dirinya dibalas
Walau hanya denganDakapan di angin lalu

Yang slalu memberi
Ingin sekali, sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun, sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita-citamu
Harap nanti kita kan bertemu

Selamat ulang tahun, sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, slamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Selamat ulang tahun, sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita-citamu
Harap nanti kita kan bertemu

Selamat ulang tahun, sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, slamat jalan

Ha-ah