Ini Jalan Kami

B Quexx

Ini jalan kami semua perhati semua diam membisu
Ini jalan kami dengar teliti kami hidangkan lagu
Ini jalan kami, kami yang tentukan jangan ada yang gangguIni jalan kami jalan kami salam bawah bayu, se-hh

Salam dari kami budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjuk ajar
Jangan kau kurang ajar
Nanti kau lari tanpa dikejar

Lu berani wa tak geruni
Wa tak kisah lu ada PHD
Wa tak hadap wa tak sentap
Kalau lu berani turun berentap

Semua kita mulanya hanya
Dari bawah tak ada yang terus melangkah
B-QUEXX on the move mula
Dari bawah tanah

Rehat dulu tengah kumpul senjata
Supaya halangan senang diredah
Takda risau takda was was
Dengan bismillah terus melangkah

Kami semua ada bukti
Yang kami pernah ada di scene ini
Dalam scene yang banyak hitam putih
Kami berdiri hasil jalan kami sendiri

Sebah sini lane lain macam punya line
Petik api tandaku mula perhati
Kau mendonggak terlalu tinggi
Sehingga lupa warna merah darah itu pasti

Kau cakap kami tidak akan kemana
Gerak kami perlahan bukan tanda kami lemah
Dalam pesawat rancang untuk terbang ke udara
Bergerak gerakan B-QUEXX untuk tawan satu daerah

Dalam diam anggota labuhkan sayap
Kar′na pahlawan kuda jarang kalah makan asap
Kau cow dalam situasi yang kau masuk sendiri
Semua sama satu level bawah scene ini

Ini jalan kami semua perhati semua diam membisu
Ini jalan kami dengar teliti kami hidangkan lagu
Ini jalan kami, kami yang tentukan jangan ada yang ganggu
Ini jalan kami jalan kami salam bawah bayu

Mantera beradu
'Ku diinspirasi dari Malique & Benzoloo
Lirikal mahu seperti senapang peluru
Tajam atau tidak yang penting cuba dulu

Sosialis makin kejam akan lemah direjam
Pengaruh kuat paling terhormat nikmat keramat
Sebab itu dia laknat orang tanpa berkat
Jangan lupa yang buat kerja tuhan hingga hidup penamat

Seni dalam kata itu harus dijaga
Sastera yang tertera diperlu dilaga
Bahasa kuno masih aku guna walau baku
Ingin capai karya sehingga ramai terpaku

Bukan panji-panji hanya sekumpulan
Punyai misi visi yang berurutan
Seteru mula cemburu tapi lain variasi
Sampaikan riwayat yang baik tapi intipati dengki

Frekuensi dari jiwa melantun keluar badan
Berbatu kami bersokong lenyapkan penantian
Fokus diri kubergema berjuang satu empayar
Ni darah bukit kota seni penuh usaha

B-Quexx on the move jalan dari bawah tanah
Wa tembak satu satu handal dari pemanah
Bukan tunjuk jaguh cuma kill golongan angkuh
Tayang gimik tadi sulu ya jelas kau terpengaruh

Kubukan lahir terus mahir
Hasil seribu daya maka hasilnya hadir
Bikin secukup rasa seruan di telinga
Dijamu dengan puas elakkan pembaziran

Ketagihan mendadak telinga kamu diperkosa
Hari demi hari nama B-Quexx mula terukir
Wa lincah dalam track untuk kamu tu yang whack
Jangan cuba berani tandang usik ini gerakan

Ini jalan kami
Jalan kami jalan kami, ye-ye-yy
Jalan kami jalan kami, ou-oo-oh

Daftar lirik lagu B Quexx