Lagu Untuk Mamat

KRU

Sudah beratus lagu cinta
Dikarang untuk wanita
Dari Azura ke FionaAku tersinggung
Kerana tiada satu

Pun dituju untuk lelaki
Bagai kita dilupai
Sedangkan dunia berputar
Terus sehingga hari ini kerana
Pengorbanan mereka

Oh Halim, oh Karim
Abdullah dan Hussin
Nama-nama yang dilupa
Pada karyawan tuk dipuja

Oh Ahmad, oh Hashim
Muhammad dan Ibrahim
Walau mereka terlupa
Bukan bererti kau tak istimewa

Biar apa pun perhubungan
Ayah, abang atau teman
Marilah kita menghulurkan
Satu penghargaan agar mereka tahu
Dia diminda selalu

Oh Nasir, oh Azam
Azmi dan Mustafa
Nama-nama yang dilupa
Pada karyawan ′tuk dipuja

Oh Aziz, oh Hassan
Faizal, Rusdi dan Roslan
Walau mereka terlupa
Bukan bererti kau tak istimewa

Terima kasih pada semua
Terima kasih tak terhingga
Lagu ini dituju khas buat kamu
Dan kamu
Kusanjung selalu

Oh Azman, oh Johan
Osman dan Sulaiman
Nama-nama yang dilupa
Pada karyawan tuk dipuja

Oh Kamal, oh Zahir
Zahid, Jamal dan Khalid
Walau mereka terlupa
Bukan bererti kau tak istimewa